Student Loan.

Student loan is one of ways to students continued their study.

Saturday, June 14, 2008

Kadar Bayaran Balik PTPTN Mungkin Turun!!!

2-3 hari ni dengar di berita kadar % pembayaran balik PTPTN mungkin akan dikurangkan 1.5%. Adakah benar dengan berita tersebut? Pihak yang bertanggungjawab berkata iaitu kadar tersebut sedang di kaji, dan mungkin diturunkan. Katanya lagi, jika pihaknya mengkaji tentang kadar % pembayaran balik tersebut ianya sememangnya berkaitan dengan penurunan kadar dan bukannya kenaikan kadar.

Adakah ini benar? Jika ya, Hoooorayyy...kepada peminjam-peminjam dengan PTPTN. Sebelum kajian tentang kadar % ini dilakukan oleh pihak bertanggungjawab, hal ini telah dibangkitkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semasa bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri Y.A.B DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK. MPP mengatakan kadar sekarang sebanyak 3% amat membebankan pelajar untuk proses pemulangan semula pinjaman. Tambahannya lagi, ianya mempunyai unsur-unsur riba'. Oleh sebab itu, Y.A.B sendiri bersetuju untuk kadar tersebut di kaji semula.

Faktor kenaikan harga minyak dunia dan negara juga menjadi salah satu aspek yang penting dengan penurunan kadar % pemulangan pinjaman PTPTN. Hal ini jika menjadi realiti iaitu jika kadar 3% tersebut menurun, ia secara langsung akan mengurangkan beban para pelajar dan bekas pelajar yang membuat pinjaman dengan PTPTN. Oleh sebab itu juga, ramai lagi bakal peminjam dan peminjam boleh menarik nafas lega kepada PTPTN atas pengurusannya.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan menyuarakan hal ini kepada pihak atasan iaitu MPP sendiri juga pihak atasan yang sering prihatin dengan permasalahan yang di ujarkan kepada mereka. Harap-harap hal kadar % pembayaran semula PTPTN ini dapat menjadi realiti.

1 comment:

nx1987 said...

ape pendapat korang tentang brita nih??sokong x??huhu